KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q-1 2026

Kisah Kejayaan | May 7, 2026

PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT

NAMAMUHAMMAD NAQIB AMSYAR BIN ZUL
UMUR 12 TAHUN
AHLI2025

Latar belakang

Peserta merupakan seorang kanak-kanak yang tinggal di kawasan NADI dan mempunyai pendedahan yang sangat terhad terhadap teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sebelum ini, peserta tidak mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan komputer serta kurang pengetahuan mengenai internet dan fungsinya dalam pembelajaran harian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menyertai program di NADI, peserta berada pada tahap “zero ICT”, iaitu tidak mengetahui cara menggunakan komputer seperti mengendalikan tetikus, papan kekunci, atau membuka aplikasi asas. Selain itu, peserta juga tidak memahami kepentingan penggunaan internet secara selamat dan berhemah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menyertai program di NADI, peserta kini mampu menggunakan komputer, melayari internet dan menggunakan aplikasi asas. Peserta juga lebih yakin serta memahami kepentingan keselamatan siber dalam penggunaan internet harian.