KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q-2 2026

Kisah Kejayaan | May 7, 2026

TUISYEN DILEA

NAMANUR IMAN DARWISYAH BINTI MOHD AL ZAMRI
UMUR 16 TAHUN
AHLI2025

Latar belakang

Peserta merupakan seorang pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan luar bandar. Kekangan kewangan menyebabkan peserta tidak berpeluang mengikuti kelas tuisyen berbayar di luar. Oleh itu, peserta memanfaatkan kemudahan di NADI sebagai medium pembelajaran alternatif.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menyertai NADI, peserta tidak mempunyai kemahiran asas ICT dan tidak mahir menggunakan komputer. Peserta juga kurang pendedahan kepada pembelajaran digital serta tidak memahami cara penggunaan internet secara selamat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti program di NADI, peserta kini mampu menggunakan komputer dengan baik serta mengikuti tuisyen dalam talian melalui program DiLEA (tuisyen rakyat percuma). Peserta menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran dan lebih yakin menggunakan teknologi. Selain itu, peserta juga lebih peka terhadap keselamatan penggunaan internet dalam kehidupan harian.